Ulasan Buku Allah Doktorku oleh Mukhlas Asy-Syarkani

allah doktorkuBuku Allah Doktor Ku terbitan Telaga Biru yang ditulis oleh Mukhlas Asy-Syarkani

Seperti yang kita maklum, manusia akan berusaha untuk sembuh di dalam apa-apa sakit atau penyakit yang dia hadapi. Tetapi hakikat penyembuhan yang sebenarnya datang daripada Allah SWT. Ini adalah kerana Allah SWT bersifat asy-Syafi.

Antara kandungan buku ini:
– Menakankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani.
– Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al-Quran dan Hadis
– Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit
– Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati.

328 Mukasurat / Harga RM32 senaskah / Penghantaran melalui PosLaju ke Sem. Malaysia, Sabah & Sarawak.

Ulasan Buku Rasulullah is My Doctor Versi Melayu

rasulullah is my doctor versi melayuBuku Rasulullah is My Doctor yang ditulis oleh Jerry D. Gray ini adalah di antara buku-buku terlaris tahun 2013. Ianya dicari khasnya oleh penggemar-penggemar penulis Islam ini lanjutan dari buku awalnya “Art of Deception”. Di antara topik-topik hangat yang ditulis oleh beliau termasuklah:

1 Mengetahui kaedah rawatan cara Rasulullah SAW untuk menyembuhkan penyakit.
2. Mengetahui khasiat makanan sunnah untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
3. Cara-cara berdoa ketika diuji dengan penyakit yang sukar untuk sembuh.
4. Menggunakan ramuan dan teknik tertentu untuk menajamkan pandangan mata.
5. Bahan ramuan dari pasar yang sangat berkhasiat untuk rawatan penyakit.
6. Skandal World Health Organization (WHO) dalam isu H1N1.
7. Kesan perubatan moden seperti antibiotik, vaksin, x-ray dan pelbagai lagi terhadap kesihatan manusia.

Buku ini boleh dipesan melalui saya. Harga cuma RM25 senaskah.

Buku Rasulullah Tokoh Transformasi

rasulallah tokoh transformasi

Memperkatakan peribadi Baginda junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW, samalah ertinya kita memperkatakan seluruh isi al-Quran. Ini kerana akhlak baginda SAW adalah seluruh isi al-Quran itu sendiri.

Memperkatakan Al-quran pula samalah ertinya memperkatakan wahyu yang keseluruhannya merupakan dari Allah SWT. Kalau demikian sudah jelas kepada umat islam bahawa Rasulullah adalah satu peribadi yang dipimpin sepenuhnya oleh Allah SWT. Demikianlah yang dinyatakan oleh AllahSWT dengan maksudnya “Tiadalah sesuatu yang datang daripada Rasulullah melainkan adalah wahyu. “Tidak kira sama ada perkataan,perbuatan mahupun diam,semuanya adalah wahyu.

Tidak kira sama ada perkara utama atau cabang,pokok atau ranting,kecil atau besar,remeh atau penting,Rasulullah SAW tidak melakukan bersandarkan nafsu melainkan semuanya adalah wahyu dari Allah SWT. Oleh itu apakah masih ada siap-siapa dikalangan manusia yang mahu mempertikaikan atau mahu mencacat-celakan figura ciptaan Allah SWT ini?

 

==>Order buku ini disini<==

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak | Panjangkanlah Kesyukuran Kita Kehadrat Illahi

Alhamdulillah bulan Ramadhan yang dinanti-nantikan akan tiba tidak berapa jam lagi. Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh pembaca blog ini dan ahli-ahli Stormreaders kami.

Saya difahamkan sebagai menyambut bulan yang penuh berkat ini maka kita berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Continue reading “Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak | Panjangkanlah Kesyukuran Kita Kehadrat Illahi”

Doa Menghilangkan Susah Hati, Kebingungan dan Masalah Hutang

Saya telah dihantar email yang saya kira amat sesuai untuk dikongsi bersama. Berikut adalah email yang saya terima tentang doa untuk menghilangkan rasa susah hati, bingung dan bebanan hutang.

Abu Said Al-Khudhri ra bertutur:

“Pada suatu hari Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam masuk masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah radhiyallahu ’anhu sedang duduk di sana.

Beliau bertanya:

”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di luar waktu sholat?”

Ia menjawab:

”Aku bingung memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.”

Beliau bertanya:

”Maukah aku ajarkan kepadamu sebuah do’a yang apabila kau baca maka Allah ta’aala akan menghilangkan kebingunganmu dan melunasi hutangmu?”

Ia menjawab:

”Tentu, wahai Rasulullah.”

Beliau bersabda,

”Jika kau berada di waktu pagi maupun sore hari, bacalah do’a:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”

doa hutangKata Abu Umamah radhiyallahu ’anhu:

”Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.”

[HR Abu Dawud 4/353]

teknik bebas hutang sekarang

==>TERBARU ! KETAHUI RAHSIA MENGUBATI PENYAKIT AND DENGAN MENGGUNAKAN LOSYEN SEJUTA KHASIAT<== 

BLOG MY STORMREADERS DAFTAR