Ulasan Buku Rasulullah is My Doctor Versi Melayu

rasulullah is my doctor versi melayuBuku Rasulullah is My Doctor yang ditulis oleh Jerry D. Gray ini adalah di antara buku-buku terlaris tahun 2013. Ianya dicari khasnya oleh penggemar-penggemar penulis Islam ini lanjutan dari buku awalnya “Art of Deception”. Di antara topik-topik hangat yang ditulis oleh beliau termasuklah:

1 Mengetahui kaedah rawatan cara Rasulullah SAW untuk menyembuhkan penyakit.
2. Mengetahui khasiat makanan sunnah untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
3. Cara-cara berdoa ketika diuji dengan penyakit yang sukar untuk sembuh.
4. Menggunakan ramuan dan teknik tertentu untuk menajamkan pandangan mata.
5. Bahan ramuan dari pasar yang sangat berkhasiat untuk rawatan penyakit.
6. Skandal World Health Organization (WHO) dalam isu H1N1.
7. Kesan perubatan moden seperti antibiotik, vaksin, x-ray dan pelbagai lagi terhadap kesihatan manusia.

Buku ini boleh dipesan melalui saya. Harga cuma RM25 senaskah.

STORMREADERS MLM | Apakah dia?

BLOG MY STORMREADERS DAFTARKepada anda yang baru sahaja tiba ke blog ini, ingin saya umumkan kewujudan perniagaan MLM bernama StormReaders. Ia adalah suatu program MLM yang 100% syariah compliant yang menerima sokongan padu daripada tokoh-tokoh terkenal seperti Dato Fadzilah Kamsah, Ustazah Norbahyah, Prof Izzi, Ustaz Zahzan, Ustaz Zaharuddin, Irfan Khairi dan ramai lagi.

Apa yang dipasarkan melalui StormReaders? Itu yang menariknya… jawapannya- buku-buku di bawah Telaga Biru Sdn Bhd, dimana kebanyakannya buku-buku motivasi, keagaamaan, koleksi hadis & doa, perniagaan dan banyak lagi. Bahan-bahan ini amat sesuai daripada kanak-kanak hinggalah yang dewasa. Bukan itu sahaja, malah terdapat berbagai-bagai produk kesihatan, produk kegunaan harian dan set-set ilmiah di dalam bentuk DVD.

Bagi saya, perniagaan MLM StormReaders adalah sesuatu yang unik kerana jarang kita mendengar perniagaan MLM dilakukan untuk bahan-bahan ilmiah. Bukan sahaja menjana pendapatan melalui perniagaan, tetapi juga dapat menyebarkan ilmu yang bermanafaat.

Stormreaders telah beroperasi beberapa tahun dan sekarang untuk 2013/14 ada satu skim baru iaitu Program Langganan 3 in 1 Istimewa dimana anda boleh mendapat 3 majalah Islami pilihan ramai (Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q), Baucar RM1000 dan peluang untuk menjana pendapatan melalui perniagaan Stormreaders.

Jika anda ingin menceburi perniagaan yang amat menarik ini, jangan segan silu untuk menghubungi kami!

Pengedar Buku Agama Islam | Jadilah Pengedar Buku Agama Islam dengan Modal Yang Kecil

Dengan terbentuknya Stormreaders Network oleh Telaga Biru maka terbukalah peluang yang amat besar kepada mereka yang berminat dan memendam cita-cita untuk menjalani perniagaan kedai buku atau menjadi Pengedar Buku Agama Islam.

Bayangkan:

(1) Anda boleh memulakan perniagaan ini dengan amat cepat sekali. Proses pendaftaran, selalunya cuma dalam masa 24jam (kadang-kandang dalam satu hari sahaja). Setelah itu anda akan terus memiliki sebuah kedai buku (e-store) seperti yang kami punya di sini.

Contoh Kedai Buku Konvensional Yang Terdapat di Malaysia

(2) Anda tidak perlu bermodal besar untuk memulakan perniagaan ini kerana anda tidak perlu menyimpan stok buku. Di dalam semua perniagaan inilah salah satu faktor yang akan menyebabkan modal anda tersangkut. Seperti semua kedai-kedai dan gedung-gedung buku konvensional, anda perlu menyimpan stok buku-buku yang banyak. Bayangkan tajuk-tajuk buku yang baru kerap diterbitkan, oleh kerana kekurangan modal, anda mungkin tidak dapat mengambil tajuk-tajuk baru. Anda mungkin terpaksa pula membuat jualan murah untuk melariskan stok-stok lama dan tajuk-tajuk yang kurang mendapat sambutan.

(3) Anda tidak perlu mengajikan pekerja, membayar elaun, KWSP, SOCSO, sewa kedai, bil utiliti, lesen perniagaan dan sebagainya kerana kedai buku anda berada secara virtual di internet.

(4)  Kedai buku anda dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu termasuk hari cuti umum!

(5) Tiada risiko kecurian, malapetaka, masalah pekerja sakit, pekerja tidak hadir, dsb seperti yang dialami oleh kedai buku konvensional.

(6) Kedai buku anda selalu mempunyai tajuk-tajuk yang terbaru oleh penulis-penulis tersohor dan merangkumi segala topik-topik yang diminati ramai.

(7) Penghantaran buku-buku yang dipesan oleh pelanggan anda dilakukan oleh Stormreaders. Anda tidak perlu melakukannya. Bayangkan kos yang anda harus tanggung sekiranya anda perlu mempunyai bahagian delivery anda sendiri – pekerja, kenderaan, stor buku, dll.

Bayangkan Modal Yang Anda Perlu Ada Untuk Mengisi Rak-rak Buku Ini

(8) Anda tidak perlu bergolok-gadai, membuat pinjam bank, loan MARA,  dsb untuk tujuan memulakan perniagaan Pengedaran Buku Agama Islam.

(9) Anda boleh pergi bercuti, ambil cuti sakit, mengerjakan umrah, haji, bekerja dari rumah, dsb dan kedai buku anda sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan pelanggan dan window shoppers.

Jadi, kenapa harus tunggu dan teragak-agak untuk memulakan perniagaan anda sendiri?

Ingin berkongsi pendapat atau anda tahu kebaikan-kebaikan lain mengenai perniagaan ini? Gunakan bahagian komen..

BLOG MY STORMREADERS DAFTAR


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

30 Orang Pertama Di Dalam Islam

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS. Continue reading “30 Orang Pertama Di Dalam Islam”

Keindahan Salalah Adalah Seperti Janji Allah SWT

Ketika di dalam perjalanan membawa tetamu saya dari Oman baru-baru ini untuk aktiviti outdoornya, dia telah menceritakan kepada saya tentang persamaan iklim negara kita ini dengan satu tempat di negaranya yang terletak di rantau Zufar (Dhofar) di Oman. Tempat yang diceritakan itu bernama Salalah.

salalahWalaupun negara Oman ini diceritakan kepada saya dipenuhi dengan kawasan padang pasir dan bercuaca kering dan panas tetapi di tempat yang bernama Salalah ini amatlah menakjubkan – ianya hijau dan nyaman.

Tetapi keadaan seperti ini cuma 3 bulan di dalam setahun iaitu dari pertengahan bulan Jun sehingga pertengahan bulan September. Semasa 3 bulan ini angin monsun dari India yang merentasi Laut Arab membawa hujan renyai lantas menjadikan tanah kontang menjadi hijau dan subur. Kawasan bukit-bukau yang perang dan kering menjadi wadi yang subur menghijau dan dilitupi kabus dengan air terjun melakari bukit-bukau.

Continue reading “Keindahan Salalah Adalah Seperti Janji Allah SWT”

42 Kelebihan Memberikan Selawat ke atas Rasulullah SAW

Kali ini pula mari kita berkongsi tentang 42 kelebihan memberikan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kita kerap diingati untuk memberikan selawat ke atas Rasulullah SAW. Ini sebenarnya adalah perintah Allah SWT ke atas hamba-hambaNya.

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al-Ahzab | 33: 56)

Continue reading “42 Kelebihan Memberikan Selawat ke atas Rasulullah SAW”

Pelajari Strategi dan Taktik Penjualan Stormreaders di Expo

As salam semua

 

Ini ada maklumat yang baru kami terima. Pihak Stormreaders akan menjalankan program ini di pejabat Stormreaders esok (22/Mei/2013).

Kepada yang berminat sila hubungi pihak Stormreaders di nombor yang tertera di dalam gambar di bawah.

 

stormreaders expo