11 Amalan Menjemput Rezeki

Sudahkan anda membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Ustaz Fathuri Salehuddin? Saya suka membaca buku ini kerana cara penulisannya senang dibaca dan difahami. Buku ini sudah lama dipasaran tetapi saya baru sahaja memilikinya pada awal tahun 2015.

Ustaz menceritakan kenapa menjemput rezeki itu lebih mudah dari mencari rezeki. Sifat redha yang kena ada di dalam diri kita. Dan istilah rezeki itu lebih luas daripada apa yang kita fikirkan. Selalunya bila kita fikir tentang rezeki, perkara yang pertama kita ingat adalah wang ringgit ataupun kesihatan. Tetapi tak terhitung oleh kita banyaknya rezeki itu bahkan sesuatu yang negatif itu pun boleh dianggap rezeki juga. Continue reading “11 Amalan Menjemput Rezeki”

Buku Rasulullah Tokoh Transformasi

rasulallah tokoh transformasi

Memperkatakan peribadi Baginda junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW, samalah ertinya kita memperkatakan seluruh isi al-Quran. Ini kerana akhlak baginda SAW adalah seluruh isi al-Quran itu sendiri.

Memperkatakan Al-quran pula samalah ertinya memperkatakan wahyu yang keseluruhannya merupakan dari Allah SWT. Kalau demikian sudah jelas kepada umat islam bahawa Rasulullah adalah satu peribadi yang dipimpin sepenuhnya oleh Allah SWT. Demikianlah yang dinyatakan oleh AllahSWT dengan maksudnya “Tiadalah sesuatu yang datang daripada Rasulullah melainkan adalah wahyu. “Tidak kira sama ada perkataan,perbuatan mahupun diam,semuanya adalah wahyu.

Tidak kira sama ada perkara utama atau cabang,pokok atau ranting,kecil atau besar,remeh atau penting,Rasulullah SAW tidak melakukan bersandarkan nafsu melainkan semuanya adalah wahyu dari Allah SWT. Oleh itu apakah masih ada siap-siapa dikalangan manusia yang mahu mempertikaikan atau mahu mencacat-celakan figura ciptaan Allah SWT ini?

 

==>Order buku ini disini<==

Buku Senyum dan Tawa Rasulullah SAW

buku senyum dan tawa rasulullah

Rasulullah SAW menyatakan bahawa senyuman manis ialah sedekah yang bernilai ibadah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk sentiasa berwajah ceria, sentiasa bermuka manis dan tersenyum di hadapan orang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (wajah ceria).” [HR at-Tirmizi: 2687]

Jiwa dan hati manusia sama seperti tubuh badan yang memerlukan perhatian. Antara cara mengawal keceriaan jiwa adalah dengan humor-humor segar dan bernas. Jiwa yang dibiarkan terus-menerus serius tanpa ada humor, ia akan mati dan seterusnya menjadikan hidup kaku. Manusia tidak akan mampu menjalankan peranan hidupnya dengan baik, apabila hati dan jiwanya keruh.

Dalam era milenium, pakar perubatan dan psikologi telah berjaya membuktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW bahawa manfaat senyuman bagi kesihatan fizikal dan mental sangatlah hebat. Senyuman menjadi nutrisi kesihatan semula jadi untuk menjaga tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya. Senyum dapat membantu orang lain tetap bersikap positif.

Senyum juga dapat mengubah suasana hati daripada sempit menjadi lapang, sedih menjadi senang dan beku menjadi cair. Senyuman tulus dan ikhlas pastinya akan melahirkan aura serta sikap positif dalam kehidupan insan.

Semoga buku ini dapat menceriakan anda dan Allah memberkati kita.

===> Anda boleh membuat pesanan untuk buku ini di sini <===

Memupuk Kasih-sayang dan Kekeluargaan | Cakar Harimau | Hasil Tulisan Dato Siti Nor Bahyah Mahamood

Setelah saya membaca buku Cakar Harimau yang ditulis oleh pakar kekeluargaan and motivasi, Dato Siti Nor Bahyah Mahamood, saya lebih memahami tentang tanggungjawab seorang isteri/ibu menurut Islam.  Buku ini membuka minda saya tentang bagaimana membina hubungan suami-isteri yang bahagia sebagai contoh buku ini menyarankan kita sentiasa mengatakan perasaan cinta/kasih kita kepada pasangan.
Buku ini ringkas tapi padat dengan panduan rumahtangga untuk pasangan suami isteri, bakal pengantin baru, pengantin veteran dan juga pasangan yang mempunyai masalah rumahtangga.  Saya mendapati buku Ustazah Siti Nor Bahyah ini mudah difahami kerana teks di permudahkan dalam bentuk byline, flashers, nota ringkas, sub-tajuk, quotation dan kisah.  Buku ini juga memberi banyak tips-tips yang berfaedah untuk suami-isteri menjalinkan hubungan yang positif dan bagaimana mengatasi masalah rumahtangga dan seronok dibaca sebagai bahan rujukan.

Saya amat tertarik dengan bab Cakar Harimau kerana di dalam bab ini saya mendapat pengetahuan baru mengenai jalinan hubungan suami-isteri sebagai contoh – syariat melarang isteri membenarkan orang lain naik ke tempat peraduannya kecuali suaminya.  Malah anak2 hendaklah mengetuk dan memberi salam jika mahu memasuki kamar tidur ibu bapanya.  Bagaimanapun adalah lebih baik jika anak2 tidak
mengganggu apabila ibu-bapa berada di dalam kamar tidurnya.

Pada pendapat saya ini mengajar kita sebagai pasangan menghormati satu sama lain dan mempunyai ruagan “private” untuk pasangan suami/isteri yang tidak dikongsi dengan anak2 di rumah sendiri.  Ini memberi privasi kepada ibu bapa dan mengajar anak2 untuk menghormati ibu bapa mereka.  Banyak lagi tips-tips yang diberikan dalam bab ini dan bab-bab yang lain seperti Islam dan Cinta, bagaimana menghindari konflik , komunikasi yang berkesan, doa-doa pilihan amalan suami isteri dan banyak lagi. Bagi saya, buku ini amatlah berguna sebagai panduan kita untuk menjalinkan hubungan suami-isteri yang bahagia dan lebih memahami antara satu sama lain.

Buku ini boleh dibeli disini, klik sahaja..

~ Yati Annuar ~

Buku Tafsir Al-Quran Sahih Ibnu Katsir

Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab paling penting yang ditulis dalam mentafsirkan al-Quran al-Azhim. Ianya paling mashyur dan amat banyak diterima pakai dan tersebar di dunia Islam. Beliau telah menghabiskan waktu yang amat lama untuk menyusunnya.

Jadi, tidak menghairankanlah jikalau tafsiran beliau sangat kaya dengan riwayat (baik hadis maupun atsar), bahkan hampir seluruh hadis periwayatan Imam Ahmad yang terdapat dalam kitab al-Musnad dicantumkan dalam kitab tafsir ini.

Beliau juga menggunakan lain-lain rujukan penting dengan banyaknya.  Ini menjadikan tasfirnya ini amat kaya dengan manfaat untuk berbagai disiplin ilmu agama (sepert Aqidah, Fiqih dan lain-lain).

Continue reading “Buku Tafsir Al-Quran Sahih Ibnu Katsir”

Buku Dato Ismail Kamus | Indahnya Hidup Bersyariat

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab.

Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Buku ini mempunyai maklumat yang padat bersertakan gambar-gambar dan ini membuatkan ianya menjadi sumber rujukan yang perlu ada di dalam setiap rumah.

Dapatkan naskah anda di sini

Buku Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif oleh Dato Dr Fadzilah Kamsah

Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif karya Dato Dr Fadzilah Kamsah menjadi buku ulasan saya minggu ini.  Saya amat tertarik dengan apa yang telah ditulis oleh beliau.  Seperti yang kita tahu, anak-anak di dalam keluarga menjadi cahaya mata dan penawar hati ibu-bapa.

Inilah ikatan kasih-sayang yang paling istimewa dalam hidup kita ini. Anak juga adalah sebahagian daripada ujian Allah ke atas umatnya. Ada berbagai-bagai jenis kesabaran.  Kesabaran dalam mendidik anak-anak, diuji dengan kerenahnya seawal hari pertama kelahiran hingga meningkat dewasa. Kita tidak lekang dari mendapat ujian dariNya. Apatah lagi apabila mereka menjenguk usia remaja. Apakah ciri-ciri anak yang positif? Adakah cukup sekadar pendidikan duniawi semata-mata? Benarkah pemilihan pasangan mempengaruhi peribadi anak-anak? Semua ini dikupaskan oleh penulis di dalam bukunya yang bertajuk “Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

Anda boleh mendapatkan buku ini di sini