Kaedah MUDAH membuat promosi – gunakan BLOG

Salah satu cara untuk anda mempromosikan perniagaan anda adalah melalui blog. Ada cara-cara lain lagi yang anda boleh buat seperti melalui email, membina webpage atau website, menulis artikel dan di muatnaik ke interet dan berbagai-bagai cara lagi. Tidak ada cara yang terbaik atau yang salah. Pada pendapat saya gunakan apa yang anda selesa.

Ramai betul mereka yang akan menggunakan blog dan saya rasa salah satu sebabnya adalah ianya mudah digunakan. 2 blog yang saya tahu paling popular ialah Blogger dan WordPress. Ada juga yang lain-lain seperti Tumblr. Yang ini saya suka juga kerana design-designnya begitu menarik dan professional looking. Ketiga-tiganya adalah percuma.

Blog yang saya gunakan di sini adalah wordpress. Sebenarnya saya pernah beberapa kali memulakan blog-blog di blogger dan wordpress tetapi semua berhenti separuh jalan.. ada kadang-kadang dah buat, saya delete..saya jenis cepat fed-up kalau saya tak suka apa yang saya buat, jemu atau rasa ianya susah nak guna. Tetapi saya cuba buatkan blog stormreaders ni menjadi pulak.. lebih lama saya guna lebih saya faham setting-setting yang boleh diguna dan ada macam-macam design dan boleh dicustomisekan lagi. Amacam design blog saya ok tak? Saya jenis yang very particular tentang design dan look, ada setengah-setengah orang tak kisah, mereka tulis je, guna je apa template yang ada..saya ni jenis tak boleh macam tu..

bersambung..

Doa Menghilangkan Susah Hati, Kebingungan dan Masalah Hutang

Saya telah dihantar email yang saya kira amat sesuai untuk dikongsi bersama. Berikut adalah email yang saya terima tentang doa untuk menghilangkan rasa susah hati, bingung dan bebanan hutang.

Abu Said Al-Khudhri ra bertutur:

“Pada suatu hari Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam masuk masjid. Tiba-tiba ada seorang sahabat bernama Abu Umamah radhiyallahu ’anhu sedang duduk di sana.

Beliau bertanya:

”Wahai Abu Umamah, kenapa aku melihat kau sedang duduk di luar waktu sholat?”

Ia menjawab:

”Aku bingung memikirkan hutangku, wahai Rasulullah.”

Beliau bertanya:

”Maukah aku ajarkan kepadamu sebuah do’a yang apabila kau baca maka Allah ta’aala akan menghilangkan kebingunganmu dan melunasi hutangmu?”

Ia menjawab:

”Tentu, wahai Rasulullah.”

Beliau bersabda,

”Jika kau berada di waktu pagi maupun sore hari, bacalah do’a:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

”Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia.”

doa hutangKata Abu Umamah radhiyallahu ’anhu:

”Setelah membaca do’a tersebut, Allah berkenan menghilangkan kebingunganku dan membayarkan lunas hutangku.”

[HR Abu Dawud 4/353]

teknik bebas hutang sekarang

==>TERBARU ! KETAHUI RAHSIA MENGUBATI PENYAKIT AND DENGAN MENGGUNAKAN LOSYEN SEJUTA KHASIAT<== 

BLOG MY STORMREADERS DAFTAR

Besarnya Pasaran Buku-buku Agama Islam di Internet

Tahukah saudara berapa besarnya pasaran untuk buku-buku agama islam di internet? Biar saya tunjukkan kepada saudara satu tip saya. Mula-mula kita gunakan Google. Di dalam Google terdapat Google Adwords.  Satu daripada kebolehannya ialah ia boleh menunjukkan kepada kita carian-carian yang dibuat oleh pengguna internet untuk sesuatu perkataan.

Oleh kerana saudara akan berkecimpung di dalam perniagaan buku-buku agama islam di internet, pada pendapat saudara, apakah yang akan di taip ke dalam Google oleh seseorang yang ingin mencari atau membeli BUKU-BUKU AGAMA ISLAM di internet? Tentu sekali mereka akan menaip ‘buku agama islam’ atau perkataan-perkataan seperti itu.

Perhatikan di bawah jumlah carian di google untuk perkataan ‘buku agama islam’

Result carian ini adalah untuk sebulan. Jadi

buku agama islam ada dalam 5400 carian sebulan
buku agama ada 12,100 carian sebulan
artikel islam 27,100 carian sebulan
dan banyak lagi…

Saudara rasa apabila dah lihat rajah di atas ada market tak untuk memulakan perniagaan kedai buku Stormreaders di internet? Saudara rasa boleh tak dapat at least 10 pelanggan sebulan? Kalau dapat sikit pun alhamdulillah. Ini pun atas carian perkataan ‘buku agama islam’ .. ada banyak lagi perkataan yang akan digunakan oleh pengguna dan bakal pembeli untuk mencari produk-produk ilmiah Islam bukan?

Jadi yang saya tunjukkan ini sedikit sahaja daripada potensi MLM Stormreaders. Kepada saudara/ri yang akan ditaja oleh kami, insyallah kami akan menunjukkan kepada saudara/ri cara untuk mempromosi secara online kepada pasaran yang amat besar ini.
Jangan berlengah-lengah di dalam usaha untuk merebut peluang di dalam perniagaan!

Cara terpantas untuk menjadi Pengedar di Stormreaders tanpa modal besar

Kepada anda yang ingin menjadi PENGEDAR di Stormreaders tetapi mempunyai masalah untuk mengeluarkan modal, ada cara yang boleh anda lakukan. Ada banyak kelebihan untuk menjadi PENGEDAR dan bukan ahli biasa. Ini adalah kerana seorang pengedar boleh menaja dan mendapat hasil pendapatan daripada aktiviti menaja ini. Seorang ahli yang belum mencapai taraf pengedar tidak boleh menaja tetapi cuma boleh mendapat hasil pendapatan daripada aktiviti penjualan buku di e-storenya.

Jadi anda nak tahu bagaimana ingin menjadi seorang Pengedar tanpa mengeluarkan modal lebih dari RM320.00 ini untuk mencapai mata 100CP untuk melayakkan anda menjadi seorang pengedar? Senang sahaja. Email kepada kami nama & alamat email anda. Kami akan memberikan tips bagaimana anda boleh mencapai tahap seorang Pengedar.

Berapa sebenarnya harga untuk menjadi PENGEDAR Stormreaders

Ketika saya ingin menjadi PENGEDAR Stormreaders tidak lama dulu, saya juga seperti anda. Ada blog yang kata RM411++ ada yang kata RM420 dan macam-macam harga lagi. Jadi apakah harganya yang betul?

Harga yang tetap anda perlu bayar adalah RM90.00. Yang selebihnya adalah harga buku-buku yang anda akan pesan untuk menjadikan 100CP (100 mata). Kadang-kadang anda akan memesan buku dan berkemungkinan akan melebihi sedikit dari 100CP, mungkin 105CP, mungkin 110CP ini tidak mengapa asalkan ianya 100CP atau lebih dan sekaligus melayakkan anda menjadi seorang PENGEDAR.

Jumlah buku-buku yang anda pesan inilah yang akan menentukan harga yang anda patut bayar nanti.

Anda nak tahu bagaimana untuk memesan buku-buku untuk mendapat 100CP pada harga yang terendah? Email kepada saya dan saya akan memberikan senarai buku-buku itu. Jadi sewaktu saya sign-up dulu pelaburan saya tak sampai RM400 pun. Masa tu saya ingin sangat untuk menjadi pengedar tetapi tidak mahu berbelanja lebih dari sepatutnya.

Tip Memilih Perniagaan Berangkai (MLM)

Apabila memilih perniagaan berangkai, pastikan produk yang menjadi asas menjalankan perniagaan adalah produk yang berpermintaan tinggi dan mudah dijual. Buku-buku ilmiah dan agama adalah antara produk yang berpermintaan tinggi dan mudah untuk dijual.

Produk yang dijual dalam StormReaders adalah buku-buku agama dan motivasi dari ikon-ikon terkenal seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah, Irfan Khairi, Ustz Dato Siti Norbahyah, Ustaz Wan Akashah, Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin, Professor Izzi dan ramai lagi.

Cara Mudah Untuk Mempromosi Perniagaan Anda ialah dengan menggunakan Email Signature.

Ramai yang menggunakan email tahu bahawa dengannya amatlah mudah untuk membuat promosi kepada prospect-prospect anda. Ianya cepat, mudah dan kosnya amat rendah (hampir percuma!)

Cara untuk membuat promosi secara ‘halus’ dan ‘lembut’ adalah dengan menggunakan ‘signature’ di dalam email anda. Promosikan perniagaan anda tanpa sebarang usaha tambahan setiap kali. Anda hanya perlu memasukkan email signature yang anda cipta itu sekali sahaja ke dalam email setting anda. Kemudian, setiap kali anda menghantar email, signature ini akan terletak secara automatik di akhir email anda. Dengan itu, penerima email tersebut akan dapat membaca promosi perniagaan MLM Stormreaders anda!

Oleh itu, ambillah kesempatan mempromosi dengan menggunakan signature di akhir email anda. Sesiapa yang menerima email anda akan juga turut menerima mesej dan maklumat anda tentang Stormreaders.  Ia merupakan promosi percuma setiap kali menghantar email tanpa perlu usaha sedikit pun pada setiap masa.

Apabila anda menghantar email, di bawah email anda akan tertera signature seperti ini :-

Sekian. Terima kasih.

Izni Idris

+++++++++++

StormReaders adalah perniagaan MLM yang 100%  mematuhi  syariah dengan menjual buku motivasi & buku agama. Sertai StormReaders hari ini dan jana pendapatan tambahan dan juga menyebarkan ilmu yang baik. Hubungi saya sekarang di 019-2549691”

+++++++++++

Senang bukan? Untuk membuat ‘setting’ email signature ini, anda perlu mengubah suai ruangan “Option” di program email anda dan pilihan “Signature”.

Sekiranya anda menggunakan Yahoo! Mail, pergi ke Option>Signature dan isikan maklumat yang anda inginkan sebagai Email signature anda di situ.