Mesin Kupas Kulit Epal – Ni Macam Mesin Buat Duit

Rasa saya ramai yang seronok tengok mesin kupas kulit epal seperti yang tersebar di laman-laman sosial seperti Facebook dan sebagainya.

Yang bestnya, cepat aja peniaga tu kupas kulit epal yang dia jual. Bukan itu sahaja, epal itu pun dah siap dihiris dan dibuang bahagian empulur/bijinya sekali.

Epal pun tersedia untuk dimakan. Kalau anak-anak kita tengok epal yang cantik sebegini tentunya mereka pun lebih gemar makan buah-buahan daripada makan jajan dan junk food yang tak berfaedah atau berkhasiat tu. Continue reading “Mesin Kupas Kulit Epal – Ni Macam Mesin Buat Duit”

11 Amalan Menjemput Rezeki

Sudahkan anda membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Ustaz Fathuri Salehuddin? Saya suka membaca buku ini kerana cara penulisannya senang dibaca dan difahami. Buku ini sudah lama dipasaran tetapi saya baru sahaja memilikinya pada awal tahun 2015.

Ustaz menceritakan kenapa menjemput rezeki itu lebih mudah dari mencari rezeki. Sifat redha yang kena ada di dalam diri kita. Dan istilah rezeki itu lebih luas daripada apa yang kita fikirkan. Selalunya bila kita fikir tentang rezeki, perkara yang pertama kita ingat adalah wang ringgit ataupun kesihatan. Tetapi tak terhitung oleh kita banyaknya rezeki itu bahkan sesuatu yang negatif itu pun boleh dianggap rezeki juga. Continue reading “11 Amalan Menjemput Rezeki”

Ulasan Buku Allah Doktorku oleh Mukhlas Asy-Syarkani

allah doktorkuBuku Allah Doktor Ku terbitan Telaga Biru yang ditulis oleh Mukhlas Asy-Syarkani

Seperti yang kita maklum, manusia akan berusaha untuk sembuh di dalam apa-apa sakit atau penyakit yang dia hadapi. Tetapi hakikat penyembuhan yang sebenarnya datang daripada Allah SWT. Ini adalah kerana Allah SWT bersifat asy-Syafi.

Antara kandungan buku ini:
– Menakankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani.
– Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al-Quran dan Hadis
– Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit
– Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati.

328 Mukasurat / Harga RM32 senaskah / Penghantaran melalui PosLaju ke Sem. Malaysia, Sabah & Sarawak.

30 Orang Pertama Di Dalam Islam

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS. Continue reading “30 Orang Pertama Di Dalam Islam”

Keindahan Salalah Adalah Seperti Janji Allah SWT

Ketika di dalam perjalanan membawa tetamu saya dari Oman baru-baru ini untuk aktiviti outdoornya, dia telah menceritakan kepada saya tentang persamaan iklim negara kita ini dengan satu tempat di negaranya yang terletak di rantau Zufar (Dhofar) di Oman. Tempat yang diceritakan itu bernama Salalah.

salalahWalaupun negara Oman ini diceritakan kepada saya dipenuhi dengan kawasan padang pasir dan bercuaca kering dan panas tetapi di tempat yang bernama Salalah ini amatlah menakjubkan – ianya hijau dan nyaman.

Tetapi keadaan seperti ini cuma 3 bulan di dalam setahun iaitu dari pertengahan bulan Jun sehingga pertengahan bulan September. Semasa 3 bulan ini angin monsun dari India yang merentasi Laut Arab membawa hujan renyai lantas menjadikan tanah kontang menjadi hijau dan subur. Kawasan bukit-bukau yang perang dan kering menjadi wadi yang subur menghijau dan dilitupi kabus dengan air terjun melakari bukit-bukau.

Continue reading “Keindahan Salalah Adalah Seperti Janji Allah SWT”

42 Kelebihan Memberikan Selawat ke atas Rasulullah SAW

Kali ini pula mari kita berkongsi tentang 42 kelebihan memberikan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kita kerap diingati untuk memberikan selawat ke atas Rasulullah SAW. Ini sebenarnya adalah perintah Allah SWT ke atas hamba-hambaNya.

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al-Ahzab | 33: 56)

Continue reading “42 Kelebihan Memberikan Selawat ke atas Rasulullah SAW”

6 Cara Berkesan Untuk Keluar Dari Hutang Yang Anda Boleh Mulakan Hari Ini

Kita ada mendengar berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk keluar daripada masalah hutang kita.Selalunya ia tidaklah semudah yang dijangkakan tetapi dengan maklumat yang saya ingin kongsikan di sini, mungkin ia boleh membantu anda. Anda juga mungkin tidak memerlukan pertolongan daripada mana-mana pihak.

Di sini saya ingin terangkan 5 cara berkesan untuk keluar dari hutang.

1. Senaraikan hutang-hutang mengikut keutamaan: Siapkan satu senarai hutang-hutang anda, jumlahnya dan kadar pinjaman tersebut. Utamakan untuk membayar hutang-hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi dahulu. hutang bayar 2

2. Berhenti dari menambah lagi hutang: ketika anda di dalam proses untuk mengawal keadaan kewangan anda jangan lagi menambah hutang anda kerana ini akan memburukkan lagi keadaan.

Continue reading “6 Cara Berkesan Untuk Keluar Dari Hutang Yang Anda Boleh Mulakan Hari Ini”