Bagaimana Untuk Melakukan Sujud Sahwi di Dalam Solat

SUJUD SAHWI DALAM SOLATKita sebagai manusia yang dijadikan Allah SWT adalah sangat lemah. Kita tidak tertinggal daripada menjadi lupa dan ini termasuklah ketika kita bersolat. Apabila kita terlupa sesuatu ketika kita bersolat, kita perlulah melakukan sujud sahwi supaya ianya menutup kekurangan yang terjadi ketika solat.

Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud akhir dan Selawat (Tahiyaat Akhir), tepatnya sebelum mengucapkan salam.

Apakah sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi? Ada 3 perkara iaitu:

Continue reading “Bagaimana Untuk Melakukan Sujud Sahwi di Dalam Solat”

Advertisements

Selamat Menyambut Isra Mikhraj

Kepada pembaca-pembaca blog semua, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Isra Mikhraj – semoga keberkatan hari yang amat mulia ini akan melimpah-ruah memberkati anda semua dan sampai kita semua ke bulan Ramadhan insyallah.

Maksud Al_Quran “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
~Al-Isra:1

Hadis Rasulullah SAW tentang Ahli Syurga dan Ahli Neraka

Rasulullah S.A.W bersabda

Inginkah kamu beritahu tentang ahli syurga? para sahabat menjawab “Ya”

Rasulullah s.a.w. bersabda; mereka semua adalah orang yang lemah dan merendah diri, seandainya mereka bersumpah kerana Allah Nescaya Allah Akan memperkenankannya…

Kemudian baginda bersabda lagi; inginkah kamu aku beritahu tentang ahli neraka? Mereka menjawab “Ya”

Baginda bersabda; mereka semua adalah orang yang selalu diagung-agungkan dan bermegah-megah serta sombong.

~H.R Bukhari & Muslim

Hadis Rasullulah SAW tentang orang-orang Mukmin

Rasulullah S.A.W bersabda

Perumpamaan orang mukmin seperti tanaman.Tidak henti-henti angin meniupnya dan orang mukmin sentiasa menerima cubaan. Sedangkan perumpamaan orang munafik seperti sepohon pokok yang kuat tidak boleh digoyangkan sehinggalah ia ditebang.

~H.R Bukhari & Muslim