11 Amalan Menjemput Rezeki

Sudahkan anda membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Ustaz Fathuri Salehuddin? Saya suka membaca buku ini kerana cara penulisannya senang dibaca dan difahami. Buku ini sudah lama dipasaran tetapi saya baru sahaja memilikinya pada awal tahun 2015.

Ustaz menceritakan kenapa menjemput rezeki itu lebih mudah dari mencari rezeki. Sifat redha yang kena ada di dalam diri kita. Dan istilah rezeki itu lebih luas daripada apa yang kita fikirkan. Selalunya bila kita fikir tentang rezeki, perkara yang pertama kita ingat adalah wang ringgit ataupun kesihatan. Tetapi tak terhitung oleh kita banyaknya rezeki itu bahkan sesuatu yang negatif itu pun boleh dianggap rezeki juga. Continue reading “11 Amalan Menjemput Rezeki”

Ulasan Buku Allah Doktorku oleh Mukhlas Asy-Syarkani

allah doktorkuBuku Allah Doktor Ku terbitan Telaga Biru yang ditulis oleh Mukhlas Asy-Syarkani

Seperti yang kita maklum, manusia akan berusaha untuk sembuh di dalam apa-apa sakit atau penyakit yang dia hadapi. Tetapi hakikat penyembuhan yang sebenarnya datang daripada Allah SWT. Ini adalah kerana Allah SWT bersifat asy-Syafi.

Antara kandungan buku ini:
– Menakankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani.
– Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al-Quran dan Hadis
– Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit
– Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati.

328 Mukasurat / Harga RM32 senaskah / Penghantaran melalui PosLaju ke Sem. Malaysia, Sabah & Sarawak.

Ulasan Buku Rasulullah is My Doctor Versi Melayu

rasulullah is my doctor versi melayuBuku Rasulullah is My Doctor yang ditulis oleh Jerry D. Gray ini adalah di antara buku-buku terlaris tahun 2013. Ianya dicari khasnya oleh penggemar-penggemar penulis Islam ini lanjutan dari buku awalnya “Art of Deception”. Di antara topik-topik hangat yang ditulis oleh beliau termasuklah:

1 Mengetahui kaedah rawatan cara Rasulullah SAW untuk menyembuhkan penyakit.
2. Mengetahui khasiat makanan sunnah untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
3. Cara-cara berdoa ketika diuji dengan penyakit yang sukar untuk sembuh.
4. Menggunakan ramuan dan teknik tertentu untuk menajamkan pandangan mata.
5. Bahan ramuan dari pasar yang sangat berkhasiat untuk rawatan penyakit.
6. Skandal World Health Organization (WHO) dalam isu H1N1.
7. Kesan perubatan moden seperti antibiotik, vaksin, x-ray dan pelbagai lagi terhadap kesihatan manusia.

Buku ini boleh dipesan melalui saya. Harga cuma RM25 senaskah.

Buku Rasulullah Tokoh Transformasi

rasulallah tokoh transformasi

Memperkatakan peribadi Baginda junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW, samalah ertinya kita memperkatakan seluruh isi al-Quran. Ini kerana akhlak baginda SAW adalah seluruh isi al-Quran itu sendiri.

Memperkatakan Al-quran pula samalah ertinya memperkatakan wahyu yang keseluruhannya merupakan dari Allah SWT. Kalau demikian sudah jelas kepada umat islam bahawa Rasulullah adalah satu peribadi yang dipimpin sepenuhnya oleh Allah SWT. Demikianlah yang dinyatakan oleh AllahSWT dengan maksudnya “Tiadalah sesuatu yang datang daripada Rasulullah melainkan adalah wahyu. “Tidak kira sama ada perkataan,perbuatan mahupun diam,semuanya adalah wahyu.

Tidak kira sama ada perkara utama atau cabang,pokok atau ranting,kecil atau besar,remeh atau penting,Rasulullah SAW tidak melakukan bersandarkan nafsu melainkan semuanya adalah wahyu dari Allah SWT. Oleh itu apakah masih ada siap-siapa dikalangan manusia yang mahu mempertikaikan atau mahu mencacat-celakan figura ciptaan Allah SWT ini?

 

==>Order buku ini disini<==

Buku Senyum dan Tawa Rasulullah SAW

buku senyum dan tawa rasulullah

Rasulullah SAW menyatakan bahawa senyuman manis ialah sedekah yang bernilai ibadah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk sentiasa berwajah ceria, sentiasa bermuka manis dan tersenyum di hadapan orang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (wajah ceria).” [HR at-Tirmizi: 2687]

Jiwa dan hati manusia sama seperti tubuh badan yang memerlukan perhatian. Antara cara mengawal keceriaan jiwa adalah dengan humor-humor segar dan bernas. Jiwa yang dibiarkan terus-menerus serius tanpa ada humor, ia akan mati dan seterusnya menjadikan hidup kaku. Manusia tidak akan mampu menjalankan peranan hidupnya dengan baik, apabila hati dan jiwanya keruh.

Dalam era milenium, pakar perubatan dan psikologi telah berjaya membuktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW bahawa manfaat senyuman bagi kesihatan fizikal dan mental sangatlah hebat. Senyuman menjadi nutrisi kesihatan semula jadi untuk menjaga tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya. Senyum dapat membantu orang lain tetap bersikap positif.

Senyum juga dapat mengubah suasana hati daripada sempit menjadi lapang, sedih menjadi senang dan beku menjadi cair. Senyuman tulus dan ikhlas pastinya akan melahirkan aura serta sikap positif dalam kehidupan insan.

Semoga buku ini dapat menceriakan anda dan Allah memberkati kita.

===> Anda boleh membuat pesanan untuk buku ini di sini <===