Keindahan Salalah Adalah Seperti Janji Allah SWT

Ketika di dalam perjalanan membawa tetamu saya dari Oman baru-baru ini untuk aktiviti outdoornya, dia telah menceritakan kepada saya tentang persamaan iklim negara kita ini dengan satu tempat di negaranya yang terletak di rantau Zufar (Dhofar) di Oman. Tempat yang diceritakan itu bernama Salalah.

salalahWalaupun negara Oman ini diceritakan kepada saya dipenuhi dengan kawasan padang pasir dan bercuaca kering dan panas tetapi di tempat yang bernama Salalah ini amatlah menakjubkan – ianya hijau dan nyaman.

Tetapi keadaan seperti ini cuma 3 bulan di dalam setahun iaitu dari pertengahan bulan Jun sehingga pertengahan bulan September. Semasa 3 bulan ini angin monsun dari India yang merentasi Laut Arab membawa hujan renyai lantas menjadikan tanah kontang menjadi hijau dan subur. Kawasan bukit-bukau yang perang dan kering menjadi wadi yang subur menghijau dan dilitupi kabus dengan air terjun melakari bukit-bukau.

Masyallah, begitulah kekuasaan Allah SWT.

Apabila saya tengok sendiri gambar-gambar yang dihantar olehnya kepada saya fahamlah apa yang dia maksudkan.

IMG-20130901-WA0001 IMG-20130901-WA0002 IMG-20130901-WA0003 IMG-20130901-WA0004 IMG-20130901-WA0005 IMG-20130902-WA0000 IMG-20130902-WA0001

Apabila melihat gambar-gambar ini, yang paling saya teringat adalah kepada ayat-ayat Allah SWT di dalam Surah Insyirah ayat 5-6, yang bermaksud:

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Allah SWT memberi kemudahan di dalam setiap kesusahan yang kita alami. Begitu juga, dengan cuaca panas terik dan kering, Dia juga memberi keringanan dengan menjadikan cuaca nyaman, lembab dan menghijau.

Ketika musim Jun sehingga September ini kedatangan pelancong-pelancong tempatan dan sekitar tanah arab mencecah berjuta orang tambahnya lagi.

Lihatlah sendiri keindahan tempat yang bernama Salalah ini yang terletak di negara Oman.

Bagaimana pula saudara? Ayat-ayat Quran apakah yang paling saudara ingat dan mempengaruhi jiwa saudara apabila melihat gambar-gambar ini?

wwr sg selangor 1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s