42 Kelebihan Memberikan Selawat ke atas Rasulullah SAW

Kali ini pula mari kita berkongsi tentang 42 kelebihan memberikan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Kita kerap diingati untuk memberikan selawat ke atas Rasulullah SAW. Ini sebenarnya adalah perintah Allah SWT ke atas hamba-hambaNya.

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran

إِنَّ اللَّهَ وَ مَلَئكتَهُ يُصلُّونَ عَلى النَّبىّ‏ِ يَأَيهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صلُّوا عَلَيْهِ وَ سلِّمُوا تَسلِيماً

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada Nabi; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkan salam kepadanya.” (Al-Ahzab | 33: 56)

Al-Sheikh Abdul Qadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisasirruhu telah menjelaskan di dalam kitabnya Al-Safinah al-Qadiriyah tentang kelebihan kita umat Islam untuk berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata “Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW itu mempunyai 42 kelebihan. Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”

Apakah 42 kelebihan-kelebihan yang dimaksudkan itu apabila kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW? Mari kita fahami:

  1. Kita melaksanakan perintah Allah SWT ke atas hamba-hambaNya.
  2. Kita turut sama berselawat sepertimana Allah SWT dan para malaikat berselawat ke atas Rasulullah SAW.
  3. Kita mendapat ganjaran 10 kali selawat daripada Allah SWT ke atas diri kita di atas setiap selawat yang kita diucapkan (selawat daripada Allah SWT bererti rahmat diiringi dengan selawat para malaikat).
  4. Kita dikurniakan oleh Allah SWT 10 darjat atas setiap satu-satu selawat.
  5. Kita dituliskan oleh malaikat 10 kebaikan atas setiap selawat.
  6. Allah SWT menghapuskan 10 kejahatan atas setiap selawat.
  7. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah SWT.
  8. Kita mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.
  9. Kita mendapat keampunan Allah SWT dan akan ditutup segala keaiban.
  10. Allah SWT akan menutupi segala dukacita.
  11. Kita dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah SAW.
  12. Kita mendapat darjat al-sidq.
  13. Segala hajat kita akan ditunaikan.
  14. Kita selamat sejahtera pada hari kiamat.
  15. Allah SWT dan para malaikat akan berselawat ke atas kita yang berselawat.
  16. Kita mendapat khabar gembira daripada Allah SWT dengan balasan syurga.
  17. Kita akan berkeadaan selamat sejahtera daripada huru-hara hari kiamat.
  18. Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang kita bacakan itu.
  19. Kita mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  20. Kita mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
  21. Kita tidak akan merasai kefakiran.
  22. Kita terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  23. Kita mendapat kesejahteraaan daripada doa Rasulullah SAW.
  24. Selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga.
  25. Akan menjauhkan kita daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau daripada majlis-majlis lagha.
  26. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah SWT apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
  27. Selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat.
  28. Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
  29. Kita disambut oleh Allah s.w.t. pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  30. Kita mendapat keberkatan Allah SWT.
  31. Kita mendapat kesempurnaan iman.
  32. Kita timbul rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.
  33. Kita mendapat hidayah daripada Allah SWT dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingatiNya.
  34. Setiap selawat yang dibacakan akan dibentangkan di hadapan Rasulullah SAW secara langsung.
  35. Teguh pendirian dengan kebenaran.
  36. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah SAW ke atas diri kita. Di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah SWT yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah SAW kepada kita.
  37. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah SWT.
  38. Kita mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah SWT.
  39. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah SWT ke atas Rasulullah SAW dan kepada diri kita sendiri.
  40. Di antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah SAW dalam jiwanya.
  41. Dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Syeikh dan Murabbi.

Jangan lupa tonton juga pesanan yang di bawah ini :

Semoga artikel ini memberikan lebih pengetahuan dan keimanan. Mohon share dengan menekan butang-butang di bawah sekiranya anda merasakan boleh membantu saudara-saudara kita yang lain.

stormreaders flyer 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s