Memupuk Kasih-sayang dan Kekeluargaan | Cakar Harimau | Hasil Tulisan Dato Siti Nor Bahyah Mahamood

Setelah saya membaca buku Cakar Harimau yang ditulis oleh pakar kekeluargaan and motivasi, Dato Siti Nor Bahyah Mahamood, saya lebih memahami tentang tanggungjawab seorang isteri/ibu menurut Islam.  Buku ini membuka minda saya tentang bagaimana membina hubungan suami-isteri yang bahagia sebagai contoh buku ini menyarankan kita sentiasa mengatakan perasaan cinta/kasih kita kepada pasangan.
Buku ini ringkas tapi padat dengan panduan rumahtangga untuk pasangan suami isteri, bakal pengantin baru, pengantin veteran dan juga pasangan yang mempunyai masalah rumahtangga.  Saya mendapati buku Ustazah Siti Nor Bahyah ini mudah difahami kerana teks di permudahkan dalam bentuk byline, flashers, nota ringkas, sub-tajuk, quotation dan kisah.  Buku ini juga memberi banyak tips-tips yang berfaedah untuk suami-isteri menjalinkan hubungan yang positif dan bagaimana mengatasi masalah rumahtangga dan seronok dibaca sebagai bahan rujukan.

Saya amat tertarik dengan bab Cakar Harimau kerana di dalam bab ini saya mendapat pengetahuan baru mengenai jalinan hubungan suami-isteri sebagai contoh – syariat melarang isteri membenarkan orang lain naik ke tempat peraduannya kecuali suaminya.  Malah anak2 hendaklah mengetuk dan memberi salam jika mahu memasuki kamar tidur ibu bapanya.  Bagaimanapun adalah lebih baik jika anak2 tidak
mengganggu apabila ibu-bapa berada di dalam kamar tidurnya.

Pada pendapat saya ini mengajar kita sebagai pasangan menghormati satu sama lain dan mempunyai ruagan “private” untuk pasangan suami/isteri yang tidak dikongsi dengan anak2 di rumah sendiri.  Ini memberi privasi kepada ibu bapa dan mengajar anak2 untuk menghormati ibu bapa mereka.  Banyak lagi tips-tips yang diberikan dalam bab ini dan bab-bab yang lain seperti Islam dan Cinta, bagaimana menghindari konflik , komunikasi yang berkesan, doa-doa pilihan amalan suami isteri dan banyak lagi. Bagi saya, buku ini amatlah berguna sebagai panduan kita untuk menjalinkan hubungan suami-isteri yang bahagia dan lebih memahami antara satu sama lain.

Buku ini boleh dibeli disini, klik sahaja..

~ Yati Annuar ~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s