Duduk di Malaysia tetapi buat bisnes di Amerika.

Duduk di Malaysia tetapi buat bisnes di Amerika: Terokai pasaran Amerika yang berjumlah 319 JUTA penduduk dari meja rumah anda di Kuala Lipis.

Ha..ha.. terrer betul tajuk saya kat atas tu ye?

Peluang untuk menjana pendapatan di internet amatlah luas. Bayangkan perniagaan anda beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa henti, tanpa perlu tutup. Ramai di Malaysia yang menjalankan perniagaan secara online masih perlu bekerja secara manual di bahagian belakang tabir – dari segi memenuhi pesanan, menghantar barang-barang ke pejabat pos untuk pengeposan, menjawab soalan dari pelanggan, menyimpan stok dan menggunakan wang modal untuk membeli stok.

Tetapi perniagaan di mana anda beroperasi sebagai wakil yang mempromosi barang-barang jauh lebih senang dan tidak rumit. Inilah perniagaan affiliate. Tidak perlu simpan stok, tidak perlu handle barang barang untuk pengeposan, tidak perlu terima pertanyaan bertubi-tubi melalui whatsapp dsb.

Tapi jangan lihat pada pasaran Malaysia sahaja. Lihatlah dipasaran-pasaran yang lebih besar – contohnya Amerika Syarikat. Jumlah populasi Malaysia hanyalah 27-28 juta orang sahaja. Mungkin dipandang besar bagi sesetengah pihak. Tetapi pasaran Amerika jauh lebih besar – bayangkan 319 juta penduduk! Lebih 11 kali ganda jumlah penduduk negara kita.

Dan yang bagusnya mereka amat selesa untuk membeli barangan dan perkhidmatan secara online. Mereka tidak berfikir dua-tiga kali untuk membuat online purchase kerana ianya suatu yang paling natural bagi mereka.

Tidakkah anda teringin untuk membuat pemasaran secara online bagi pasaran US ini? Dan yang paling bestnya ialah anda mendapat bayaran bukan di dalam Ringgit Malaysia tetapi di dalam Dollar Amerika. Bulan Feb 2015 ini bayangkan USD1.00 = RM3.70 ! Buat kerja sama susah je di Malaysia atau di US tapi anda di bayar dalam US Dollar!

Bayangkan anda tinggal di Malaysia, anda buat pemasaran untuk pasaran Amerika. Anda dapat bayaran dalam Dollar Amerika dan anda pindahkan pendapatan anda ini ke dalam akaun anda di Malaysia (dengan pertukaran matawang USD1.00 = RM3.70). Ok kan kalau macam tu?

Tapi ramai yang stuck apabila mereka sedar bahawa syarikat gergasi seperti Amazon, Woolworth dsb tidak menggunakan Paypal untuk membayar komisen. Syarikat-syarikat ini boleh membayar komisen anda tetapi mereka akan membuat pembayaran dengan memberikan anda sekeping cek (setelah menolak fi yang tinggi). Mereka juga akan menetapkan anda hanya boleh mengeluarkan komisen anda setelah mencapai jumlah USD100 dan sebagainya. Aduh.. susahkan?

Actually tidak susah.. kerana ada cara yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini.

Bagaimana? Iaitu dengan membuka checking account di Amerika. Di Amerika ianya dipanggil Checking Account ianya sama dengan Current Account (akaun semasa) di Malaysia. Anda tidak perlu ke sana pun. Cuma dengan mengadap laptop anda di Kerteh atau Lumut atau Petaling Jaya atau Pagoh. Daftar dan buka akaun semasa dari Bank of America lagi tu. Bukan calang-calang bank.

Apabila anda buka akaun ini, bukan sahaja anda dapat satu akaun semasa malah mereka akan menghantar kepada anda kad debit Mastercard ke alamat rumah anda. Dimana ini lah ‘last mile’nya untuk connect wang anda yang di dalam US Dollar di Bank of America tu untuk di keluarkan di Malaysia. Dengan kad debit tu pergilah ke mana-mana ATM di Malaysia (yang ada tanda MasterCard) dan cucuk, tekan pin dan ambil duit anda tu. Ha.. mudahkan?

Anda minat nak tahu bagaimana untuk melakukan ini semua? Jika berminat, sila komen dibawah. Nanti saya akan ceritakan bagaimana di dalam sessi yang lain…

Menyingkap kembali tahun 2014 di blog ini

Kepada anda yang selalu melawat blog ini saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Semoga maklumat yang terdapat di sini ada memberi manafaat kepada saudara semua. Berikut ini adalah sedikit statistik yang dikumpulkan oleh wordpress yang boleh kita tahu tentang blog ini.

Here’s an excerpt:

The Louvre Museum has 8.5 million visitors per year. This blog was viewed about 150,000 times in 2014. If it were an exhibit at the Louvre Museum, it would take about 6 days for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

SERVIS REKACIPTA E-BUSINESS CARD

Kami menyediakan perkhidmatan merekacipta e-business card. Ianya cara menarik untuk mempamirkan kad business anda secara digital. E-card ini sesuai untuk dipamerkan di laman web, di blog, di facebook ataupun dihantar melalui email ataupun whatsapp kepada klien anda.

Ada 3 design yang anda boleh pilih. Lihat pada gambar di bawah ini.

Kad Bisnes

Jadi anda cuma perlu pilih layout yang anda minat. Kalau nak ketiga-tiga design pun boleh. Harga untuk menyiapkan design bisnes card anda menjadi 2-D begini dengan bayang bermula serendah RM37.00 sahaja untuk setiap design. Bagi design yang lebih rumit mungkin perlu tambah sikit untuk kos design work.

Hubungi kami di 019-3849691 untuk maklumat lanjut.

design BCARD 002

Ulasan Buku Allah Doktorku oleh Mukhlas Asy-Syarkani

allah doktorkuBuku Allah Doktor Ku terbitan Telaga Biru yang ditulis oleh Mukhlas Asy-Syarkani

Seperti yang kita maklum, manusia akan berusaha untuk sembuh di dalam apa-apa sakit atau penyakit yang dia hadapi. Tetapi hakikat penyembuhan yang sebenarnya datang daripada Allah SWT. Ini adalah kerana Allah SWT bersifat asy-Syafi.

Antara kandungan buku ini:
– Menakankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani.
– Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al-Quran dan Hadis
– Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit
– Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati.

328 Mukasurat / Harga RM32 senaskah / Penghantaran melalui PosLaju ke Sem. Malaysia, Sabah & Sarawak.

Ulasan Buku Rasulullah is My Doctor Versi Melayu

rasulullah is my doctor versi melayuBuku Rasulullah is My Doctor yang ditulis oleh Jerry D. Gray ini adalah di antara buku-buku terlaris tahun 2013. Ianya dicari khasnya oleh penggemar-penggemar penulis Islam ini lanjutan dari buku awalnya “Art of Deception”. Di antara topik-topik hangat yang ditulis oleh beliau termasuklah:

1 Mengetahui kaedah rawatan cara Rasulullah SAW untuk menyembuhkan penyakit.
2. Mengetahui khasiat makanan sunnah untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
3. Cara-cara berdoa ketika diuji dengan penyakit yang sukar untuk sembuh.
4. Menggunakan ramuan dan teknik tertentu untuk menajamkan pandangan mata.
5. Bahan ramuan dari pasar yang sangat berkhasiat untuk rawatan penyakit.
6. Skandal World Health Organization (WHO) dalam isu H1N1.
7. Kesan perubatan moden seperti antibiotik, vaksin, x-ray dan pelbagai lagi terhadap kesihatan manusia.

Buku ini boleh dipesan melalui saya. Harga cuma RM25 senaskah.

STORMREADERS MLM | Apakah dia?

BLOG MY STORMREADERS DAFTARKepada anda yang baru sahaja tiba ke blog ini, ingin saya umumkan kewujudan perniagaan MLM bernama StormReaders. Ia adalah suatu program MLM yang 100% syariah compliant yang menerima sokongan padu daripada tokoh-tokoh terkenal seperti Dato Fadzilah Kamsah, Ustazah Norbahyah, Prof Izzi, Ustaz Zahzan, Ustaz Zaharuddin, Irfan Khairi dan ramai lagi.

Apa yang dipasarkan melalui StormReaders? Itu yang menariknya… jawapannya- buku-buku di bawah Telaga Biru Sdn Bhd, dimana kebanyakannya buku-buku motivasi, keagaamaan, koleksi hadis & doa, perniagaan dan banyak lagi. Bahan-bahan ini amat sesuai daripada kanak-kanak hinggalah yang dewasa. Bukan itu sahaja, malah terdapat berbagai-bagai produk kesihatan, produk kegunaan harian dan set-set ilmiah di dalam bentuk DVD.

Bagi saya, perniagaan MLM StormReaders adalah sesuatu yang unik kerana jarang kita mendengar perniagaan MLM dilakukan untuk bahan-bahan ilmiah. Bukan sahaja menjana pendapatan melalui perniagaan, tetapi juga dapat menyebarkan ilmu yang bermanafaat.

Stormreaders telah beroperasi beberapa tahun dan sekarang untuk 2013/14 ada satu skim baru iaitu Program Langganan 3 in 1 Istimewa dimana anda boleh mendapat 3 majalah Islami pilihan ramai (Solusi, Al-Ustaz dan Gen-Q), Baucar RM1000 dan peluang untuk menjana pendapatan melalui perniagaan Stormreaders.

Jika anda ingin menceburi perniagaan yang amat menarik ini, jangan segan silu untuk menghubungi kami!