Kelebihan Ayat 128 – 129 Surah At-Taubah | Tahukan Saudara tentang Powernya Ayat-ayat ini Jika di Amalkan?

at taubah 128 129

Masyallah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu. Umur saya telah hampir separuh abad namun baru sekarang baru saya tahu tentang kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah.

Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada saya di saat-saat saya sunyi sendiri menghadapi kesukaran dan pancaroba hidup ini. Inilah buktiNya Dia masih bersama saya kerana di masa begini tiba-tiba saya terjumpa dan terbaca dengan tidak sengaja tentang kelebihannya.

Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat ini dengan seberapa ramai yang boleh.

Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah

- jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.

- jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.

- jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.

- jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.

- jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.

- jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.

- jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128

“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129

“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Maksud ayat 128

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Bahasa Inggeris

Surely, a Messenger has come unto you from among yourselves; grievous to him is that you should fall into trouble; he is ardently desirous of your welfare; and to the believers he is compassionate, merciful.

Maksud ayat 129

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Bahasa Inggeris

But if they turn away, say, ‘Allah is sufficient for me. There is no God but He. In Him do I put my trust, and He is the Lord of the mighty Throne

Jadi kepada semua saudara-saudara ku yang sedang membaca, yang secara tidak sengaja terbaca akan tulisan saya di sini. Mungkin itu pun dengan kehendak Allah SWT juga. Amalkanlah. Tidak akan rugi apa pun malah dengan izinNya mungkin saudara dapat keluar dari apa sahaja permasalahan yang saudara hadapi. Ataupun mungkin apa yang dihajati akan ditunaikan olehNya.

Jangan lupa share nukilan saya ini. Tekan mana-mana butang di bawah. Moga-moga apa yang saudara lakukan itu diperkirakan sebagai amalan yang baik di sisi Allah SWT. Mungkin ada di antara saudara-saudara kita yang sedang mencari pertolongan seperti ini dan saudara mampu menolong mereka. Insyallah.

(Ada juga ingin berkongsi pengalaman setelah mengamal surah At -Taubah atau ayat 128-129 ini? Sila komen di bahagian bawah).

 stormreaders flyer 2

About these ads

26 thoughts on “Kelebihan Ayat 128 – 129 Surah At-Taubah | Tahukan Saudara tentang Powernya Ayat-ayat ini Jika di Amalkan?

  1. as’salam…saya mempunyai masaalah anak2 yg degil…saya disuruh mengamalkan nya dan saya baru saja mengamal nya lebih kurang dlm 1minggu..allhamdulilah anak saya yg bungsu ada perubahan dan 3org abang dia yg tinggal diluar pulang kerumah dengan membawa kesemua brg2..ia telah merapatkan anak2 saya dengan saya..syukur pada Allah yg memberikan saya ruang dan peluang..

  2. Terima kasih dengan perkongsian amalan surah ini, moga Allah bg kebaikan dunia&akhirat…

  3. Ayat itu versi Indonesia, di jadikan sebagai ayat kebal terhadap benda-benda yg berasal dari besi,

  4. Salam
    Saya akan amalkan ayat ini semuga dapat keberkatan pada diri serta menolong dalam kehidupan saya insyallah amin

  5. Alhamdulillah ,saya suka baca ayat ini sesudah sholat subuh dan sesudah sholat magrib , org tua saya , yaitu ayah saya yg mengajarkan saya ..

  6. jazakallah kasiran’
    atas perkongsian ini….kelebihan ayat ini…cukup power..
    hati menjadi tenang dan damai takala dirundung kesedihan

  7. Assalamualaikum.. Alhamdulillah, sy juga hndak meminta izin mengamalkan surah teragung ini.. Smoga Allah SWT memberikan rahmat ke atas kita smua.. Amin Ya Rabbil Alamin..

  8. Thank Allah……Islam is no longer hardest study(Imole) as they say in olden days………wonderful i can easily search for any surrah/ayyah on net……..

  9. Saya baru mendapat amalan ini dari ibu saya.. dan ternyata mendapat informasi lebihnya disini… trimakasih banyak,insya allah akan menjadi amalan yg berguna…. amien

  10. Saya mengamalkan sejak tahun 2007 hingga skrg. Saya peniaga byk hutang sering dipandang hina, skrg alhamdulillah byk hutang yg dpt diselesaikan dan sy memp asset yg bernilai jutaan rm, amalknlh, kita insan yg lemah yg bergantung hanya pdNya

  11. saya dalam usaha utk mengamalkan ayat ini dengan harapan supaya mndpt rahmat dan dipelihara oleh Allah SWT drp gangguan jin dan syaitan serta gangguan manusia yg melampaui batas, aamiin

  12. salam..abah saya pernah satu hari suruh saya baca ayat ni bila saya dalam kesusahan..alhamdulillah ayat ini dah jadi sebahagian daripada amalan saya seharian..

  13. Salam .terima kasih atas perkongsian kelebihan ayat ini. Saya juga pernah baca bhw insyaAllah pengamal ayat ini akan dipelihara Allah daripada mati dibunuh.wallahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s