Buku Tafsir Al-Quran Sahih Ibnu Katsir

Tafsir Ibnu Katsir merupakan kitab paling penting yang ditulis dalam mentafsirkan al-Quran al-Azhim. Ianya paling mashyur dan amat banyak diterima pakai dan tersebar di dunia Islam. Beliau telah menghabiskan waktu yang amat lama untuk menyusunnya.

Jadi, tidak menghairankanlah jikalau tafsiran beliau sangat kaya dengan riwayat (baik hadis maupun atsar), bahkan hampir seluruh hadis periwayatan Imam Ahmad yang terdapat dalam kitab al-Musnad dicantumkan dalam kitab tafsir ini.

Beliau juga menggunakan lain-lain rujukan penting dengan banyaknya.  Ini menjadikan tasfirnya ini amat kaya dengan manfaat untuk berbagai disiplin ilmu agama (sepert Aqidah, Fiqih dan lain-lain).

Sangat wajar apabila Imam as-Suyuthi berkata: ”Belum pernah ada kitab tafsir yang setanding dengannya.” Selain itu, cara penyusunan kitab kitab beliau yang mudah difahami.  Contohnya ianya menyebutkan ayat terlebih dahulu, kemudian menjabarkan maknanya secara umum, selanjutnya menafsirkannya dengan ayat, hadits atau perkataan Sahabat dan Tabiin.

Terkadang beliau juga menjelaskan seputar hukum yang berkaitan dengan ayat, dengan dukungan dalil-dalil lain dari al-Quran dan as-Sunnah serta dilengkapi dengan pendapat-pendapat para ahli fiqih disertai dalilnya apabila masalah tersebut dikhilafkan di antara mereka. Selanjutnya beliau merajihkan (memilih/menguatkan) salah satu dari pendapat mereka.

Terdapat 9 Jilid buku-buku ini kesemuanya. Setiap set 9 Jilid ini berharga RM800.00 dan boleh di dapati di kedai buku kami di sini.

Bahagian dalam buku ini, di dalam Bab Tafsir Surah Al-Baqarah.

Bahagian dalam, bab Tafsir Ar-Rahman.

==> DAPATKAN KOLEKSI BUKU-BUKU TAFSIR INI DI SINI <==

About these ads

One thought on “Buku Tafsir Al-Quran Sahih Ibnu Katsir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s